|
|
|
| Copyright © 2008 FencyPetFish.Net™ wholly owned by Sendi Kota Development Sdn. Bhd. No 13 & 14, Jalan Taman Desa Kundang 2, Taman Desa Kundang, 40800 Rawang, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA. Email:sendi_kota@yahoo.com Ø admin@fancypetfish.net |

| Nak beli akuarium bela ikan hiasan? Perlukan panduan dan pendapat? Nak tahu ikan apa yang mudah dibela? Hantar email pada kami dan nyatakan masalah anda dan pertanyaan anda. |
| Dear Pet Fish Lovers, welcome to our site and hope you enjoy surfing this site! All our pet fish was born in Malaysia. Our philosophy is simple: whilst other people around the world call it as Ornamental Fish, we breed them with love, passion, caring and treated them as our FancyPetFish™. Visit our integrated fish farm located at Taman Desa Kundang, Rawang , Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. admin@fancypetfish.net -------------------------------------------------- Selamat datang kepada penggemar ikan-ikan peliharaan dan semoga kunjungan ini akan memberikan keselesaan dan keseronokan kepada anda. Semua ikan-ikan ini dilahirkan di Malaysia! Filosofi kami mudah iaitu tatkala ramai orang memanggilnya Ikan Hiasan, kami membelainya seumpama FancyPetFish™. Sila lawat ladang pembenihan dan asuhan kami di Taman Desa Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA admin@fancypetfish.net |
|
| Laman web jualan KELIORganik.com telahpun dimulakan perniagaan pada 10 November 2008 yang lalu. Walaupun belum sempurna sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya ia memulakan satu titik anjakan kepada pihak kami dalam merealisasikan perniagaan akuakultur: KAMI KOMITED DENGAN PERNIAGAAN AKUAKULTUR. Buat masa ini kami masih berunding dengan beberapa syarikat kurier dan penghantar barangan agar dapat mengurangkan kos penghantaran demi memberikan harga yang lebih rasional ke atas produk KELIORganik ini. Walaupun begitu sekurang-kurangnya kami telah bermula. Pada masa ini ladang kami telah pun mengurangkan aktiviti pembenihan ikan-ikan hiasan kerana permintaan yang slow. Mungkin faktor kelembapan ekonomi mula melanda peniaga-peniaga ikan hiasan yang selalunya akan meminta stok bekalan pada setiap minggu tetapi kini tidak lagi malah ada kedai yang sudah tidak memesan hampir sebulan. Stok kami pun sudah mula kekurangan malah ada yang kami biarkan sahaja di ladang tanpa penjagaan yang rapi. Kami pun tak tahu berapa lama lagi kami perlu bertahan kerana financial pun sudah semakin dry... Adakah kemungkinan pembenihan ikan keli organik akan mengambil alih keseluruhan operasi perladangan kami mungkin tidak dapat dielakkan. Aktiviti pengeluaran benih keli organik sehingga kini mendapat permintaan yang menggalakkan malah di luar jangkaan dan sehingga kini ada tempahan-tempahan bulan Oktober lepas masih belum dapat dipenuhi! admin@fancypetfish.net 12 November 2008 ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sendi Kota Development Sdn Bhd memohon maaf atas kurangnya perhatian pada masa ini terhadap permintaan dan pertanyaan atas ikan-ikan hiasan kerana kekurangan pekerja terlatih. Ini adalah kerana kini kami sedang membesarkan pengeluaran pembenihan dan asuhan benih-benih ikan keli organik yang kini semakin meningkat dengan mendadak pasarannya. Walau bagaimanapun kami akan tetap cuba melayan pertanyaan tentang ikan hiasan dan cuba memperbaiki lagi mutu perkhidmatan pelanggan kami terutamanya tempahan ikan-ikan hiasan. For export purpose, we are still waiting our permit and lisence from Malaysian Fish Development (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) and due to this delay, we are sorry until now we can't make delivery to other country. admin@fancypetfish.net 12 October 2008 ---------------------------------------------------------------------- Kami terus melangkah dalam bidang akuakultur ini dengan memasuki bidang akuakultur marin dengan hasil laut yg lain seperti ikan sejuk-beku, ketam, isi ketam, sotong, udang, abaolne, sea cucumber dan lain-lain. Semua produk ini didatangkan setiap hari dari negeri Sabah. Untuk itu, kami telahpun menyewa tapak Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, untuk menjual secara borong dan runcit. Pihak kami juga sedang menimbangkan utk menjual secara online menerus tempahan internet dan mobile phone tidak lama lagi. Opps..! ikan keli anda yg sudah matang juga boleh dihantar ke sini. HUbungi kami. admin@fancypetfish.net 4 September 2008 __________________________________________________________ Berdasarkan kepada perkembangan perniagaan semasa, pihak SENDI KOTA DEVELOPMENT SDN BHD telah menambah bahagian-bahagian perniagaannya bagi memudahkan semua pihak yang kadang2 keliru dengan aktiviti kami yang pelbagai tetapi semuanya berkaitan akuakultur. Kami adalah pengeluar dan pembekal benih-benih ikan keli organik. Keistimewaan benih ikan keli organik kami adalah ianya dihasilkan secara semulajadi tanpa suntikan hormon ataupun ubat peransang kesuburan. Layari blog resmi kami berkenaan benih ikan keli organik di http://www.sendikota.wordpress.com/ Kami juga bersedia membeli semula ikan-ikan keli organik yang telah matang (sekitar 6 ekor/kg) dengan jenama KELIORganik bagi membezakan ikan keli biasa dari ladang ternakan bukan organik. Program ini baru bermula dan sedang dalam proses percubaan dan buat masa sekarang pihak SENDI KOTA DEVELOPMENT telah mendapat pengedar pemborong terutama di pasar2 malam utk mengedarkan ikan-ikan keli organik. Untuk maklumat lanjut sila layari blog resmi (akan dinaiktaraf menjadi laman web tidak lama lagi!) iaitu di http://www.keliorganik.wordpress.com/ Kami juga telah memasuki bidang pemborongan dan peruncitan ikan-ikan segar (laut dan air tawar) dengan membuka gerai di pasar borong Selangor dan Kuala Lumpur. Ikan-ikan dan hasil seafood ini kami datangkan dari Sabah, Filipina dan Indonesia dihantar setiap hari menerusi kapalterbang ke KLIA (cargo) dan diedarkan ke seluruh negara dan dunia (internet marketing). MAAF: Kedai Online kami masih dalam pembinaan. Ini adalah untuk update perkembangan perniagaan terkini selain daripada pengeluaran dan pembenihan serta pengedaran ikan-ikan hiasan serta peralatan akuarium. admin@fancypetfish.net 10 October 2008 ________________________________________ Pihak kami juga bersedia membekalkan benih-benih ikan keli berdasarkan permintaan. Kami juga bersedia membeli semula anak-anak ikan yang berusia 4 hingga 6 minggu sekiranya harga berpatutan. Sila hubungi atau sms Hjjh Nora 019-280 3711 atau Hj Rozman 012-3393 711 untuk keterangan lanjut. Admin FancyPetFish.Net 6 April 2008 ________________________________________ Selamat Sejahtera Kami dapat tahu benih ikan keli sukar diperolehi sekarang terutama di kawasan lembah Kelang. Penternak-penternak di kawasan ini boleh dapatkan benih2 dari kami dengan membuat tempahan. Terima kasih. Admin FancyPetFish.Net 1 Mei 2008 ________________________________________ MAKLUMAN PENTING Adalah dimaklumkan bahawa sdr Awien kini tidak lagi bersama kami. Segala koresponden dan perhubungan hendaklah kepada Pn Nora dan Hj Rozman. Kami memohon maaf ke atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan-pelanggan kami dan berharapkan tuan-tuan, puan-puan, Dato'/Datin dan adik2 pengusaha kolam ternakan yang lain yang telah lama menjadi pelanggan kami dapat terus bersama kami meneruskan penternakan ikan keli. Admin 4 Sept 2008 ________________________________________ |
|