ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA!
Kami bermula dengan hobi dan akhirnya mengubahnya kepada peluang-peluang
perniagaan.
Sendi  Kota Development Sdn. Bhd. (pemilik FancyPetFish Network)
ditubuhkan oleh Hj Rozman dan isterinya Hjjh Zaharah.

Projek penternakan ikan air tawar telah dimulakan pada awal tahun 2006 dengan
menumpukan kepada aktiviti-aktiviti kajian R & D terutamanya ikan keli dan
ikan-ikan hiasan air tawar.

Setelah yakin dengan potensi masa hadapan dalam bidang akuakultur air tawar
ini terutamanya dalam pengedaran ikan-ikan hiasan, kami telah berpindah ke
kedai milik sendiri di Taman Desa Kundang, Rawang pada Januari 2008 dan
menyewa dari syarikat Pemaju tapak-tapak kedai kosong yang masih belum
didirikan sebagai tapak pembenihan dan pembesaran pelbagai jenis ikan hiasan.

Matlamat utama kami adalah menjadi salah satu pembekal utama ikan-ikan
hiasan di Malaysia dan bercadang menambah jaringan kedai-kedai akuarium
Melayu di negara ini dengan jenama FancyPetFish.Net

Kami amat mengharapkan sokongan anda dan juga menjemput orang-orang
Melayu yang berminat bersama-sama menjayakan matlamat ini.

Kami juga mengaku bahawa kami bukanlah yang terbaik dalam bidang ini dan
mengharapkan juga orang-orang Melayu yang mempunyai pengalaman lebih lama
daripada kami agar tampil memberi nasihat dan bimbingan - kami tidak akan
berhenti belajar terutamanya tentang ikan-ikan hiasan yang juga mahkluk Allah
S.W.T ini. Sekian, terima kasih.

Dari,
Pengurusan Sendi
LADANG PEMBIAKAN DAN PENTERNAKAN FANCYPETFISH
Please click picuture to enlarge!
Your One Stop Online Aquastore
About Us
HUBUNGI KAMI:

email:  admin@fancypetfish.net
sendi_kota@yahoo.com

Laman website lain:
http://fancypetfish.com/

Operasi Ladang, Pengeluaran & Pemasaran
Pn Zabariah Koming H/p: 014-232 8596

Akaun & Pentadbiran:
Puan Hjjh Zaharah H/p: 019-280 3711
Haji Roslan H/p: 019-275 6064

Pembangunan Perniagaan:
Haji Rozman H/p: 012-3393 711
Copyright © 2008 FencyPetFish.Net™ wholly owned by Sendi Kota Development Sdn. Bhd.
No 15, Jalan Taman Desa Kundang 2, Taman Desa Kundang, 40800 Rawang, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA.
Email:
sendi_kota@yahoo.com Ø admin@fancypetfish.net